Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.

“Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Cuepacs harap bonus lebih tinggi

Dalam reaksi spontan, kongres kesatuan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam (Cuepacs) dan persatuan pesara kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam,” kata ketika dihubungi.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

admin
admin

3 Comments

  1. Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Dapat Bantuan Khas Hari Raya RM500 | ejoeSolutions
    01/09/2010

    […] kerajaan pusat telah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 yang akan dibayar sebelum hari raya aidilfitri. Ia diikuti oleh Kerajaan Negeri Kedah beberapa hari […]

  2. abd rahim
    01/02/2012

    Kepada bekas2 tentera atau polis atau balu atau Kakitangan Awam yang memerlukan bantuan kewangan , kemudahan pinjaman Pesara

    SKIM PINJAMAN BANK KHAS UNTUK PESARA KERAJAAN, TENTERA, POLIS, DAN BALU SEHINGGA RM 150,000 TANPA PENJAMIN TANPA BAYARAN UPFRONT!

    Syarat syarat dan kelayakan ;

    • pesara kerajaan, tentera, Polis dan balu
    • pencen RM750 ke atas
    • tempoh bayaran balik sehingga umur 70 tahun
    • Tempoh pinjaman dari 3-15 tahun
    • Pinjaman dari RM5,000-RM150,000
    • Interest 5%
    • Blacklist CCRIS CTOS boleh memohon

    Boleh digunakan untuk ;
    • Melangsaikan hutang kereta/rumah/credit card
    • Membesarkan/memulakan perniagaan
    • Mengerjakan umrah/melancung
    • Membaiki/membesarkan rumah
    • Dan lain lain

    Bantuan akan di hulurkan sehingga berjaya, Insyaalah.

    Harap dapat dipanjangkan kepada saudara mara atau sahabat handai yang mungkin memerlukan pinjaman ini untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan cara yang selamat ini.

    SEGERA ! Sebelum skim ini ditamatkan.

    Hubungi : 013 4777966 / 013 2392990 Ab Rahim
    Email : abrahim_my@yahoo.co.uk

    NOTA : Untuk semak kelayakan : sms / email kan jumlah pencen bersih bulanan , tarikh lahir, lokasi ada blacklist ke tidak.

    http://pinjaman-pesara.blogspot.com/

  3. anneda
    29/11/2012

    salam.
    tuan/puan.
    Bonda sy mrupakan balu seorg tentera y bsara sblm ckup tempoh.
    di sini , sy ingin mdpt maklumat bg pihak ibu mgenai bantuan y mana ibu sy bole memohon bg mringankan beban.
    di harap pihak tuan/puan dpt mberi kterangan lanjut.
    sekian, t.kasih.

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *