NEW YORK: Sindiket jenayah siber tidak lagi akan berada di jalanan ketika pelancaran produk baru syarikat Apple pada masa depan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] jenayah siber

Shaheed Bilal, 29, dijatuhkan hukuman penjara empat setengah tahun kerana terbabit dengan rangkaian jenayah siber yang menghasilkan kredit kad palsu dan menggunakannya di kedai Apple di seluruh negara ini. Rangkaian itu yang turut disertai tiga adik lelaki dan teman wanitanya membeli lebih AS$1 juta (RM3,192,507) barangan iPad, iPhone dan komputer riba MacBooks sejak dua setengah tahun lalu mulai 2008 dan menjualnya kepada pengedar barang curi di Brooklyn, New York.

Jenayah Siber Card Credit

Mereka membeli nombor kad kredit di Internet, kemungkinan daripada pedagang haram di Eropah Timur, menurut siasatan bersama oleh Pendakwa Raya Manhattan dan ejen Khidmat Rahsia Amerika Syarikat. Shaheed yang dihukum kelmarin di mahkamah negeri New York di Manhattan, mengaku bersalah mencuri pada April lalu.

Jika dia didapati bersalah dalam perbicaraan, dia mungkin berdepan hukuman penjara hingga 15 tahun. Tiga adik lelakinya, Ali, 25, Isaac, 27, dan Rahim, 23, menangani pembeli, kata pendakwa raya. Teman wanitanya, Ophelia Alleyne, 31, mengendalikan operasi harian pada 2010 ketika Shaheed dipenjarakan kerana kes lain.

“Organisasi jenayah ini benar-benar hal keluarga,” kata Pendakwa Raya Manhattan, Cyrus Vance dalam satu kenyataan. Ali dan Rahim, masing-masing mengaku bersalah dan sebelum ini dihukum satu hingga tiga dan dua hingga enam tahun penjara. Ophelia yang turut mengaku bersalah dipenjara empat hingga 12 tahun.

Menurut pendakwa raya, seramai 16 orang disabitkan bersalah dalam kes itu. Seramai tujuh orang mempunyai dakwaan yang masih tertunda, termasuk Isaac. – Reuters

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *