Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan seperti berikut:

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] jawatan kosong

1. PEGAWAI TADBIR NEGERI (PEGAWAI ADAT ISTIADAT), GRED N41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N27
3. PENOLONG PEGAWATEKNOLOGI MAKLUMAT, GRED F29
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N17
5. PENOLONG PEGAWAI WAKAF, GRED LS41
6. AHLI FOTOGRAFI, GRED B17
7. JURUAUDIO VISUAL, GRED N17
8. PEMBANTU AM PEJABAT, GRED N1

TARAF JAWATAN :    KONTRAK

Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas P1 boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Cara Memohon Jawatan Kosong

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2011 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Aalamat Permohonan

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 23hb. Ogos, 2012

Perkara Am

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

http://www.e-maik.my/

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *