YOUTUBE memeterai perjanjian pelesenan dengan Perlindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP) yang akan membolehkan pemuzik dan komposer Malaysia menjana pendapatan di YouTube.
[adsenseyu6] | ![]() |
Pengarah pengurusan produk YouTube Asia-Pasifik, Adam Smith berkata, pendapatan akan dikumpulkan apabila iklan dipaparkan di video rakan YouTube.
Pemuzik & Komposer dapat menjana pendapatan dari Youtube
“Untuk kali pertama di bawah perjanjian ini, pencipta Malaysia akan menerima bayaran daripada persatuan mereka apabila pemegang hak mengagihkannya,” kata beliau dalam taklimat media di Kuala Lumpur, kelmarin.
Sempena pelancaran ini, YouTube telah menjalinkan kerjasama perjanjian dengan syarikat media terkemuka Malaysia termasuk Astro Malaysia dan KRU Studios. -hmetro