SKIM pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan pencarum menggunakan wang caruman untuk membeli komputer perlu ditawarkan semula bagi mempercepatkan kadar celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan masyarakat seterusnya menjana industri ICT negara.

Klik untuk besarkan gambar
industri ict [adsenseyu7]

Presiden Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Shaifubahrim Mohd Salleh yang mencadangkan perkara itu berkata, menerusi skim berkenaan, hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dapat dipercepatkan.

“Apabila masyarakat celik ICT, tentunya negara akan memperoleh manfaat besar contohnya bagi industri e-dagang apabila lebih banyak orang yang mampu mengembangkan perniagaan mereka dengan menceburi bidang perniagaan secara elektronik.

“Selain itu, skim ini dapat memberangsangkan semula industri ICT tempatan yang baru pulih selepas menerima kesan kegawatan ekonomi dunia pada 2008 dan 2009,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, semalam.

Kerajaan sebelum ini menghentikan skim terbabit pada Ogos 2002 berikutan berlakunya penipuan dan penyalahgunaan wang di kalangan orang ramai.

Mengulas lanjut, Shaifubahrim berkata, bagi mengelakkan penipuan seperti itu berlaku pada masa depan, kerajaan perlu menyerahkan tanggungjawab kepada Pikom untuk menjadi penyelaras.

“Pikom bukan badan yang diwujudkan untuk mengaut keuntungan. Oleh itu, kami berharap pengeluaran KWSP untuk komputer diterima bagi menjana industri dengan lebih pantas, sekali gus membantu merangsang lebih ramai masyarakat negara ini celik teknologi maklumat (IT),” katanya.

ICT Mall Cap Square jana industri ICT

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya akan melancarkan program ICT Mall@Cap Square antara Julai dan Ogos ini, sekali gus membolehkan ahli persatuan itu menyewa 90,000 kaki persegi (8361.3 meter persegi) ruang niaga di pusat beli-belah Cap Square di ibu negara pada harga jauh lebih rendah berbanding tempat lain.

“Program ini ditawarkan khusus untuk ahli Pikom saja. Menerusi program ini, peserta atau peniaga boleh menyewa tapak niaga pada harga serendah RM2.50 sekaki persegi sehingga RM8.50 sekaki persegi dan menjangkakan kira-kira 300 ahli Pikom akan menjadi penyewa di pusat beli-belah berkenaan,” katanya.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *