KUALA LUMPUR 23 Sept. – Maxis Bhd. akan berusaha untuk membawa teknologi terbaru kepada pelanggannya yang sedia ada dan akan menawarkan iPhone 4 yang amat dinanti-nantikan itu dengan pelan-pelan baru yang diwujudkan khusus bagi pengguna iPhone.
[adsenseyu6] | ![]() |
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Pegawai Operasinya, Jean-Pascal van Overbeke, berkata, dalam 12 bulan yang lalu, Maxis telah menambah lebih daripada dua kali ganda kapasiti pembawaan data rangkaian mudah alihnya bagi memastikan kelajuan yang lebih tinggi dan liputan yang lebih meluas.
Maxis akan menganjurkan satu acara pelancaran ”dengan jemputan sahaja” bagi iPhone 4 sebagai ganjaran kepada pengguna iPhone sedia ada dan peminat, esok. – Bernama