NEW YORK: Syarikat Apple berkata penghantaran iPad terbarunya kepada pelanggan yang membuat pesanan secara dalam talian mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu, tetapi tablet itu akan dijual di pasaran Jumaat ini.

ipad 3 [adsenseyu7]

Apple yang menetapkan 16 Mac ini sebagai tarikh pelancaran untuk semua jualan iPad generasi ketiga, berkata pesanan peralatan itu yang dibuat dalam talian bermula sejak 7 Mac lalu.

Bagaimanapun, notis di laman web Apple hari ini (semalam) untuk iPad terbaru itu menyebut: “Penghantaran: 2-3 minggu.” Rabu lalu Apple mendedahkan iPad generasi ketiga yang dipertingkat ciri-cirinya mensasarkan untuk berada di tangga teratas dalam pasaran tablet yang semakin melonjak.

Peralatan iPad terbaru itu menawarkan pemprosesan lebih berkuasa, resolusi menarik setanding dengan iPhone4S dan mampu berhubung dengan rangkaian telekom 4G LTE yang menggerakkan data lebih pantas berbanding sebelumnya.

Ia dijangka dilancarkan serentak di 10 negara: Amerika Syarikat, Perancis, Kanada, Australia, Jerman, Jepun, Singapura, Switzerland, Britain dan Hong Kong.

Tablet iPad dengan memori 16 gegabit dan kemudahan WiFi serta 4G dijual pada harga AS$629 (RM1,912) di Amerika Syarikat, manakala model 32GBWiFi/4G berharga $729 (RM2,216) dan versi 64GB dengan WiFi/4G berharga $829 (RM2,520). – AFP

admin
admin

6 Comments

  1. ITWorld buka cawangan di KB Mall - ejoeSolutions
    31/03/2012

    […] adalah Apple Authorized Resellers, bakal membawa masuk produk-produk Apple ke Kelantan seperti iPad, iMac, iPhone dan […]

  2. Dropbox Now Offering Up To 16GB Of Free Storage - ejoeSolutions
    17/04/2012

    […] dan membuka kesemua fail-fail anda dimana sahaja termasuk melalui peranti mudah alih seperti ipad, iphone atau peranti android. Dapatkan aplikasi Dropbox secara percuma dengan […]

  3. Apple mula jual iPad baru di Malaysi - ejoeSolutions
    18/04/2012

    […] (California): Apple semalam mengumumkan, iPad barunya produk kategori generasi ketiga dalam kategorinya akan mula dipasarkan di Malaysia serta 11 negara […]

  4. Apple mula jual iPad baru di Malaysia - ejoeSolutions
    18/04/2012

    […] (California): Apple semalam mengumumkan, iPad barunya produk kategori generasi ketiga dalam kategorinya akan mula dipasarkan di Malaysia serta 11 negara […]

  5. iPad 3 baru lebih hangat dari biasa - ejoeSolutions
    18/04/2012

    […] Resellers yang membawa masuk produk-produk Apple ke Kelantan seperti iPad, iMac, iPhone dan sebagainya Incoming search terms:ipad 3 kuala lumpuripad 3 lebih […]

  6. Microsoft Surface Windows 8 dilancarkan - ejoeSolutions
    19/06/2012

    […] LOS ANGELES – Microsoft memperkenalkan komputer ‘tablet’ keluarannya, yang diberi nama Microsoft Surface semalam, dijangka akan menyediakan persaingan kepada iPad. […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *