SAN FRANCISCO: Sebuah pertubuhan pemantau pengguna semalam mengingatkan, iPad 3 terbaru Apple agak hangat berlebihan untuk digunakan.
| [adsenseyu6] | . |
Consumer Reports menyatakan, iPad generasi baru dengan pemproses lebih berkuasa itu boleh mencapai suhu 46.6 darjah Celsius, terutama apabila digunakan untuk permainan video.
Jurucakap Consumer Reports, James McQueen, berkata iPod terbaru itu lebih hangat berbanding versi sebelumnya.
“Orang ramai perlu berhati-hati. “Kami tidak mendakwa produk itu berbahaya, tetapi pada suhu itu, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa,” katanya.
Menurut Consumer Reports, iPod generasi ketiga itu 12 darjah lebih hangat berbanding iPad 2 ketika berfungsi sebagai alat permainan video atau memuat turun fail besar, berpusat di satu sudut belakangnya. – AFP
iPad 3 baru di Kelantan
Di Kelantan, iPad 3 baru boleh didapati di ITWorld KB Mall bermula pada jumaat, 20 april 2012. ITWORLD adalah satu-satunya Apple Authorized Resellers yang membawa masuk produk-produk Apple ke Kelantan seperti iPad, iMac, iPhone dan sebagainya
