Bagi pengguna setia iPhone, pengumuman Apple Inc (Apple) mengenai pelancaran sistem operasi terbaru mereka, iOS 7, sudah tentu sesuatu yang sangat dinanti-nantikan sepanjang tahun ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] ios 7

Begitupun, iOS 7 yang dilancarkan Apple itu hanya akan sampai ke peranti gajet keluaran Apple bermula September ini yang kebiasaannya serentak dengan pelancaran telefon terbaru iPhone nanti. Menyentuh lanjut mengenai iOS 7 ini, sebenarnya tidak semua pengguna iPhone berpeluang menggunakan sistem operasi pada peringkat awal melainkan pembangun (developer) aplikasi yang berdaftar dengan Apple, seperti Muhammad Shibli Nuqman, 21. Muhammad Shibli kini menggunakan iOS 7 Beta yang hanya boleh dimuat turun pembangun aplikasi berdaftar bersama Apple sejak ia mula dilancarkan pada 10 Jun lalu.

Bercerita mengenai kelebihan sistem operasi terbaru milik Apple itu, Shibli berkata ia adalah satu perisian ‘mobile’ yang cuba memperbaharui segala perspektif dalam telefon pintar iPhone supaya lebih mesra pengguna. “Paparan skrin mengalami banyak perubahan yang menarik, dari segi ikon aplikasi, control centre, notification centre, multitasking, kamera dan photo (galeri gambar), semuanya sudah diperbaharui.

“Begitupun, ciri menarik yang diketengahkan Apple kali ini adalah teknologi Airdrop. Melalui applikasi, pengguna boleh berkongsi gambar dan data lain dengan hanya menggunakan talian 3G, LTE ataupun WiFi,” katanya. Menurut Shibli, Airdrop tidak akan memberi masalah kepada pengguna kerana teknologi itu sudah digunakan melalui sistem operasi X (OS X) yang digunakan pada komputer keluaran Apple.

“Justeru tidak akan timbul sebarang masalah mengenai kestabilan aplikasi berkenaan kerana ia sudah pun teruji. Aplikasi ini akan memudahkan pengguna peranti Apple kerana semua data, termasuk dokumen dan gambar boleh dikongsi dengan mudah tanpa perlu pelayaran Internet, mahupun teks pesanan ringkas (sms). “Ia tidak memerlukan apa-apa tetapan, ia mengesan individu yang menggunakan peranti Apple berdekatan secara automatik dan seterusnya melakukan perkongsian data,” katanya.

Antara kelebihan lain yang bakal dinikmati melalui penggunaan iOS 7, Shibli berkata, Apple turut memperbaharui kamera dalam iPhone dengan pelbagai kesan khas baru, manakala iTunes kini diperbaharui dengan iTunes Radio. “Pelayaran web menggunakan Safari juga semakin bagus, pengguna boleh melayari paparan (tab) Internet tanpa batas.

Integrasi dengan laman web sosial juga tidak lagi hanya terhad dengan Facebook dan Twitter, kini turut diintegrasikan dengan Linkedln dan Flickr,” katanya. Bagaimanapun, bagi pengguna iOS 7 Beta ini, Shibli berkata ia masih tidak stabil memandangkan baru melalui fasa pertama untuk digunakan pembangun aplikasi. “Berdasarkan pengalaman saya, selepas iOS 7 Beta 4, sistem operasi ini akan bertambah stabil dan selepas itu baru dikeluarkan kepada pengguna awam,” katanya.

Shibli memuat turun iOS 7 ini selepas Apple melancarkan pada Apple Worldwide Developers Conference (WWDC), 10 Jun lalu. Untuk menjadi antara pembangun aplikasi bersama Apple Developer, Shibli perlu membayar RM316 setahun. Shibli berpengalaman membuat dan membangunkan aplikasi, namun ia lebih kepada tujuan peribadi dan juga untuk belajar. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *