KUALA LUMPUR: Pengguna WiFi percuma di kedai mamak, restoran mewah, kopitiam, pusat beli-belah terdedah kepada serangan penggodam internet yang mencuri maklumat peribadi termasuk kata laluan akaun bank, Facebook, blog atau laman web dengan tujuan khianat atau pembelian secara talian terus menggunakan akaun mangsa tanpa disedari.
Penggodam yang mempunyai ‘sniffing software’ mampu melihat apa dilayari, dimuat naik atau dimuat turun pengguna, mendapatkan identiti dan kata laluan akaun dan menggunakannya untuk membeli melalui sistem pembelian paypal yang diguna pakai di peringkat global dan tidak memerlukan identiti pembeli. -bharian