INTEL akan menumpukan pemasaran komputer ultrabook tahun ini dengan menekankan pengalaman penggunaannya kepada pembeli sekali gus menjadi kempen paling bermakna selepas Centrino pada 2003.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] ultrabook intel

Naib Presiden Kumpulan Jualan dan Pemasaran merangkap Pengarah Pemasaran Digitalnya, Kevin Sellers berkata, walaupun konsep ultrabook sudah diperkenalkan Jun tahun lalu, promosi besar-besaran akan dilancarkan Intel tahun ini.

“Permulaan kempen ditumpukan kepada pengguna awal dan mereka yang berpengaruh. Ia berdasarkan maklum balas kajian perbualan sosial selama 30 hari yang mana 98 peratus adalah positif.

“Kempen ini berbeza kerana ia akan lebih epik, visual dan akan menggambarkan satu cerita hebat,” katanya kepada media pada Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa 2012 di Las Vegas, semalam.

Sellers menjelaskan bahawa kempen ini memberi tumpuan era pengkomputeran baru Intel. Ia merangkumi iklan di TV, akhbar serta media sosial, online dan dalam kedai.

Intel juga akan menggunakan program pemasaran perkongsiannya dan merancang memperkukuh perkongsian dengan syarikat pemasaran media untuk belia, Vice, untuk program “Creators Project,” katanya.

Fasa kedua Ultrabook

Komputer Ultrabook mula dipasarkan Oktober 2011 dan Intel menjangka lebih 75 reka bentuk ultrabook baru dengan saiz paparan 14-inci dan 15-inci akan dilancarkan pada 2012. Fasa kedua Ultrabook akan menggunakan pemproses generasi ketiga Intel.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *