HEWLETT-Packard (HP) memiliki keyakinan tinggi untuk meningkatkan penguasaan pasaran dalam industri perkomputeran di Malaysia menerusi pengenalan barisan produk terbaru mereka pada tahun ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] hp-mini-2140

Pengenalan lebih 80 produk terbaru membabitkan komputer peribadi (PC), komputer notebook dan mesin pencetak di bawah kumpulan Sistem Peribadi dan Percetakan (PPS) HP adalah antara usaha merangsang jualan syarikat berkenaan.

Pengarah Kanan Unit Perniagaan Penggunaan Kumpulan Sistem Pengguna HP Asia Pasifik dan Jepun, Yam Su-Yin berkata, biarpun menyedari China memiliki pasaran lebih luas, pihaknya tidak mengetepikan perkembangan permintaan pengguna di negara Asean termasuk Malaysia.

Menurutnya, HP berkeyakinan mampu mempertingkatkan peratusan penguasaan pasaran di negara ini selaras dengan pengenalan produk baru demi memenuhi kehendak pengguna yang berubah mengikut situasi semasa.

“Kita (HP) mempunyai keyakinan untuk meningkatkan penguasaan pasaran jualan komputer di negara ini kerana sentiasa berusaha melakukan inovasi bersesuaian dengan kehendak semasa terutama pengguna yang menjadi sumber inspirasi.

“Malah, kita juga dikenali sebagai perintis dalam inovasi perkomputeran termasuk pernah bekerjasama dengan tenaga pakar dalam bidang berbeza, contohnya, pereka fesyen ternama, Vera Wang yang menggunakan teknologi dibangunkan HP.

“Kita tidak sekadar melakukan inovasi (dalam segmen perkomputeran) atas nama inovasi saja, tetapi melakukan inovasi yang relevan dengan kehendak pengguna terutama membabitkan sistem bunyi sekali gus mencetuskan pengeluaran produk terkini di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas bersama Naib Presiden Sistem Peribadi dan Percetakan HP Asean, Taiwan dan Hong Kong, Margaret Ong.

HP Global Influencer Summit 2012

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif HP, Meg Whitman dan Naib Presiden Eksekutif Kumpulan PPS HP, Todd Bradley melakukan penutupan disertai sesi soal jawab sempena HP Global Influencer Summit 2012 bertema ‘Teknologi Bekerja Untuk Anda’ di Pusat Expo Shanghai, China, kelmarin.

Antara produk terbaru diperkenalkan ialah komputer riba HP Envy Spectre XT, HP Envy bersaiz 14 dan 15.6 inci selain mesin pencetak Photosmart 5520 E-All-In-One.

HP turut memperkenalkan mesin pencetak, OfficeJet 150 Mobile All-In-One dan LaserJet Pro M425 Pelbagai Fungsi di samping komputer riba, Elitebook Folio 9470m serta Elite Book 2170p khusus untuk kegunaan perniagaan.

Yam berkata, HP sentiasa mengambil berat keperluan pengguna terutama memastikan harga produk PC mahupun komputer riba berkenaan mampu dimiliki kerana ia menjadi antara kaedah untuk meningkatkan jualan di negara ini.

“Ia menjadi salah satu falsafah pihak kami untuk bergerak maju ke depan selaras dengan ledakan dunia informasi dan teknologi maklumat kerana HP sentiasa berusaha mendahului teknologi sesuatu produk perkomputeran termasuk di Malaysia,” katanya. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *