PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Inisiatif Pemangkin Usahawan (PUsh) yang bertujuan membantu meningkatkan prestasi usahawan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kreatif dengan sasaran mewujudkan tiga syarikat gergasi ICT Bumiputera global.

Klik untuk besarkan gambar
inisiatif pemangkin usahawan ict [adsenseyu7]

 

Dalam ucapan pelancarannya beliau berkata, antara program kritikal inisiatif berkenaan ialah usaha menggabungkan dan mengambil alih syarikat ICT kecil dan sederhana membabitkan Malaysia Venture Capital Management Berhad (Mavcap) dengan peruntukan sebayak RM30 juta.

Katanya, sasaran utama kerajaan menerusi proses itu ialah menggabungkan usahawan Bumiputera berpotensi dan terpilih sebelum menjadikan mereka syarikat gergasi ICT Bumiputera yang terkemuka dan berjaya serta berkaliber di peringkat antarabangsa.

“Saya yakin tidak lama lagi kita akan dapat lihat sendiri gergasi Bumiputera dalam bidang ICT setanding dengan Apple dan Microsoft ataupun bidang online seperti Amazon dan facebook.

“Yayasan Usahawan Baru serta Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) akan menjadi ‘jambatan’ yang bakal menggalakkan usahawan Bumiputera menyertai program berkenaan,” katanya di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Mohd Badlisham Ghazali; Ketua Pegawai Eksekutif Mavcap, Jamaludin Bujang; Ketua Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario dan Pengerusi Yayasan Usahawan Baru, Ashran Ghazi.

Inisiatif PUsh mengandungi pelaksanaan 14 program latihan dan bimbingan selain strategi penggabungan dan pengambilalihan syarikat dengan kerjasama MDeC, AIM, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Mavcap dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan bermula bulan depan.

Najib berkata, dalam Bajet 2013 yang diumumkan baru-baru ini, yayasan berkenaan akan menerima RM50 juta dana permulaan bagi merealisasikan program latihan dan bimbingan usahawan ICT Bumiputera.

Katanya, dana berkenaan perlu kerana kerajaan sedar terdapat jurang atau kekurangan yang perlu diperbaiki hasil dapatan Dialog Usahawan Teknologi pada 21 Jun lalu. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *