PERSATUAN Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) melihat krisis kredit negara Eropah tidak menggugat prestasi dagangan industri ict (teknologi maklumat dan komunikasi) domestik, malah diunjurkan memberi ruang kepada pemain industri di Asia memperluaskan penguasaan pasarannya pada tahun depan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] industri ict

Presidennya, Shaifubahrim Saleh berkata, walaupun jangkaan ketidakseimbangan pasaran di rantau itu bakal memberi kesan kepada pasaran ICT domestik, tetapi sebenarnya ia masih mampu merangsang penambahan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga dua peratus kepada 10 peratus pada tahun depan.

“Kewujudan kilang pembuatan alat komponen dan pemasangan di negara Asia termasuk Malaysia memberi kestabilan kepada penjualan produk dari negara Eropah dan Amerika Syarikat kerana kos pengeluarannya tidak memberi kesan kepada kenaikan harga produk.

“Selain itu, krisis kredit ini memberi ruang kepada produk negara Asia untuk memperluaskan penguasaan pasarannya. Ini boleh dilihat apabila negara beberapa produk dari Asia mendominasi pasaran tempatan berbanding produk dari Eropah atau Amerika Syarikat,” katanya.

Katanya, situasi ini memberi cabaran kepada jenama dari rantau Eropah atau Amerika Syarikat untuk meningkatkan jualannya di rantau Asia.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *