PUTRAJAYA – Peranan teknologi maklumat dan komunikasi ICT penting untuk mewujudkan perkhidmatan kerajaan yang bersepadu supaya rakyat boleh berinteraksi secara lancar merentasi pelbagai agensi.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] ict penting

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata sehubungan itu, beberapa usaha transformasi yang sedang dan telah dilaksanakan kerajaan adalah untuk memantapkan persekitaran digital sektor awam.

Inisiatif ICT Kerajaan

“Antara inisiatif itu ialah Pusat Data Sektor Awam (PDSA), Rangkaian Telekomunikasi ICT Bersepadu Kerajaan (1Gov*Net), Government Cloud (1GovCloud), Komunikasi Bersepadu Kerajaan (1GovUC), Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS) dan myGovMobile,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Persidangan Digital Kebangsaan 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Datuk Dr Halim Man.

Beliau percaya konsep ‘whole of government’ dalan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) memerlukan agensi awam untuk bekerjasama dengan sektor swasta dalam menangani cabaran ekonomi, sosial dan persekitaran global.

“Keadaan ini memerlukan agensi perkhidmatan awam untuk bekerja merentasi sempadan portfolio masing-masing ke arah mencapai matlamat dan tindak balas secara bersepadu terhadap isu-isu tertentu,” katanya. – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?