PENYEDIA televisyen internet (IPTV) HyppTV milik Telekom Malaysia Bhd (TM) menjadi syarikat TV Internet IPTV pertama dari Malaysia yang memenangi anugerah berprestij sempena Anugerah Industri Sambungan TV, sebelum ini dikenali sebagai IP&TV Industry Awards di London, United Kingdom (UK).

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] tv internet

Naib Presiden Eksekutif Media Baru TM, Jeremy Kung berkata, pengiktirafan itu kerana sokongan dan kepercayaan berterusan pelanggan setia TM. “Walaupun kami masih baru dalam bidang ini, pengiktirafan di peringkat antarabangsa mendorong kami menggandakan usaha untuk menyediakan kandungan berkualiti tinggi,” katanya.

Pada majlis itu, HyppTV mendapat tempat kedua bagi kategori Pencapaian Pertumbuhan Perkhidmatan Terbaik selepas bersaing dengan syarikat besar seperti AT&T U-Verse TV dari Amerika Syarikat, BT Vision di UK dan Jiangsu Telecom ITV milik ZTE Corporation dari China.

TV Internet paling pesat berkembang

HyppTV juga  berjaya mengatasi perkhidmatan Omantel TV milik Oman Telecommunications Company dan TS Media dari Slovenia. HyppTV adalah perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang dalam negara yang menawarkan 107 saluran dengan 20 saluran dalam bentuk definisi tinggi terdiri daripada 72 saluran premium, 15 video atas permintaan dan 20 saluran interaktif.

Kung (kiri) menerima Anugerah Perkhidmatan TV atas talian 2013 dalam sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Industri Sambungan TV di London.

admin
admin

4 Comments

  1. HyppTV pertingkat GUI » ejoeSolutions
    08/04/2013

    […] perkhidmatan IPTV milik Telekom Malaysia Bhd (TM) melancarkan Antaramuka Grafik Pengguna (GUI), dipertingkatkan di […]

  2. HyppTV pertingkat Antaramuka Grafik Pengguna GUI » ejoeSolutions
    08/04/2013

    […] perkhidmatan IPTV milik Telekom Malaysia Bhd (TM) melancarkan Antaramuka Grafik Pengguna (GUI), dipertingkatkan di […]

  3. ejoeSolutions Saluran sukan Astro kini di HyppTV » ejoeSolutions
    02/08/2013

    […] Kuala Lumpur: Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) anak syarikat Measat Broadcast Network Systems Bhd (MBNS) memeterai perjanjian kerjasama dengan TM Net Sdn Bhd (TMNET) untuk menyiarkan dua saluran Astro SuperSport dalam rangkaian TV berprotokol Internetnya, HyppTV. […]

  4. ejoeSolutions Sarawak miliki 123,200 pelanggan jalur lebar » ejoeSolutions
    19/08/2013

    […] tiga penjuru iaitu telefon, internet berkelajuan tinggi dan televisyen protokol internet (IPTV) HyppTV.   – […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *