Kuala Lumpur: Huawei Malaysia mengharapkan model yang baru dilancarkan, Ascend P6 mampu memberi impak kepada pasaran Malaysia sekali gus memperbaiki kedudukan perkongsian pasarannya di negara ini.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Kumpulan Perniagaan Penggunanya Gary Xu berkata, syarikatnya masih membangunkan jenama Huawei di pasaran Malaysia dan menganggap sambutan positif di kalangan pengguna negara ini.
Pelancaran Huawei Ascend P6 Malaysia
“Pelancaran telefon pintar kebanggaan terbaru kami, Huawei Ascend P6, yang tepat pada masanya ini, menunjukkan komitmen kami terhadap usaha mengembangkan jenama dan menambah penguasaan pasaran kami di negara ini,” katanya.
Syarikat penyelidik pasaran, IDC menyenaraikan Huawei sebagai pengeluar telefon ketiga terbesar di dunia pada suku terakhir tahun lalu.
Huawei Ascend P6 adalah telefon pintar ternipis di dunia dengan kenipisan 6.18 milimeter beroperasi pada pemprosesan Quad Core 1.5GHz selain kamera 8.0 megapiksel. Ia dijual pada harga RM1,399.
Syarikat yang berpangkalan di China membawa masuk model terbabit lengkap dengan RAM sebanyak 2GB selain storan dalaman 8GB. Huawei sebelum ini baru saja melancarkan phablet Ascend Mate bersaiz 6.1 inci yang mendapat sambutan menggalakkan. -hmetro
