KUALA LUMPUR: Penubuhan 10 Makmal Latihan Universiti Huawei (HUTL) di 10 universiti tempatan dijangka dapat melatih dan membangunkan 100,000 profesional dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia menjelang 2016.
[adsenseyu6] | ![]() |
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penubuhan makmal itu direalisasikan selepas satu perjanjian di antara kerajaan dengan syarikat telekomunikasi dan ICT dari China, Huawei ditandatangani April lalu bagi melatih profesional terbabit dalam tempoh lima tahun.
Makmal Latihan Universiti Huawei
Menurutnya, inisiatif melalui Program MSC Malaysia MyUniAlliance itu membabitkan Universiti Kuala Lumpur, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Multimedia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Tunku Abdul Rahman.
“Program ini memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dilatih dan dilengkapi teknologi terkini dalam bidang ICT dan ini secara tidak langsung membuka pintu untuk mereka yang terbabit bidang ini sama ada antarabangsa atau tempatan.
“Justeru, kita mendapat faedah dan manfaat daripada tenaga kerja yang terlatih, sekali gus membantu memacu ekonomi negara ke hadapan selaras hasrat menuju Wawasan 2020,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Latihan Global Huawei Malaysia (MGTC) di Cyberjaya, semalam. -hmetro