Selepas berjaya menghasilkan HTC One yang menjadi bualan ramai sehingga meningkatkan keuntungan HTC pada suku pertama, versi HTC One Mini pula diperkenalkan kepada pengguna.
htc
[adsenseyu6] | ![]() |
Bahan binaannya tidak menyerupai HTC One yang cantik dan kemas tetapi ia masih menggunakan bahan tahan lasak dan menampakkan keunggulan telefon pintar seakan premium.
Dengan berat sebanyak 122g, ia kurang 21g berbanding abangnya iaitu HTC One (144g) manakala ukuran One Mini adalah 5.2 x 2.5 x 0.36 inci berbanding HTC One iaitu 5.4 x 2.7 x 0.37 inci. Hanya kurang 0.2 inci pada lebar dan tinggi.
Berdasarkan saiz 4.3 inci, paparan One Mini boleh dikatakan paparan pertengahan berbeza dengan produk lain di kedai. LCD telefon ini tetap pada 720p dan densiti piksel pula hanya pada 341ppi berbanding One (4.7-inci, 1080p, 468ppi).
Tetapi jika anda peminat kepada sistem audio BoomSound yang menjadikan HTC One salah satu produk yang baik, anda bolehlah bergembira kerana HTC One Mini juga membawakan ciri sama.
Ia akan beroperasi pada Android 4.2 Jelly Bean dengan antaramuka Sense UI yang sedikit diperbaharui manakala fungsi BlinkFeed pada skrin depan masih beroperasi seperti biasa.
Bagaimanapun, One Mini hanya ditawarkan pada CPU 1.4GHz Dual Core Snapdragon 400 CPU dan RAM sebanyak 1GB. Kameranya pula lebih kurang sama, dengan pengesan 4MP ultrapiksel yang ringkas tetapi berkuasa tinggi. -hmetro
Harga HTC One Mini
Buat masa sekarang harga HTC One mini masih belum dipastikan tetapi mungkin harganya dalam anggaran USD500 lebih kurang RM1500 untuk pasaran Malaysia.
Spesifikasi HTC One Mini
Produk: HTC One Mini
Harga: Tidak diperoleh
Paparan: 4.3 inch, HD 720. 341 PPI
Pemprosesan: 1.4GHz Dual Core Qualcomm Snapdragon 400
OS: Android dengan HTC Sense
Rangkaian: GSM/GPRS/EDGE, UMTS/ HSPA, 4G – LTE: Asia – 900/1800/2100/2600 MHz
Setoran: 16GB
RAM: 1GB DDR2
Sambungan: 3.5mm jek stereo audio, Bluetooth 4.0, Wi-Fi: IEEE 802.11 a/b/g/n, DLNA, HTC Connect
Kamera: HTC UltraPixel
Bateri: 1800mAh
Dimensi: 132 x 63.2 x 9.25mm
Berat: 122g