HTC Malaysia Sdn Bhd (HTC) memperkenalkan telefon pintar berteknologi tiga dimensi (3D), HTC EVO 3D untuk pasaran yang bakal memberikan kepuasan kepada pengguna kerana menawarkan paparan 3D tanpa cermin mata khas.
[adsenseyu6] |
Pengurus Negaranya, SK Wong berkata, pengenalan teknologi 3D berasaskan teknologi Gingerbread (2.3) versi Andriod. Produk terbaru itu turut dilengkapi qHD 3D yang mempunyai paparan bersaiz 4.3 inci dan diperhebatkan dengan pemproses 1.2 GHz Qualcomm Snapdragon dual-core.
Beliau berkata, telefon pintar itu yang bakal berada di pasaran dalam tempoh terdekat ini turut dipadankan dengan kamera lima megapiksel yang mampu menghasilkan gambar dan rakaman video 3D pada harga anggaran RM2,199. “Syarikat yakin dengan menampilkan teknologi 3D yang boleh diaplikasikan melalui telefon bimbit pengguna,” katanya.
Beliau berkata, telefon pintar itu turut dilengkapi pemetaan kawasan 3D yang dapat membantu membina ciri baru untuk navigasi dan mampu membantu pengembara mendapatkan petunjuk topografi sungai atau gunung walaupun di kawasan terpencil.