Ada pelanggan bertanya samada boleh atau tidak kita host subdomain dekat hosting/server lain. Kenapa perlu host subdomain ke tempat lain? Jawapannya mudah, mungkin pelanggan tadi tidak mahu menggunakan space di hosting sedia ada dan mahu menggunakan server lain untuk image, video atau sebagainya.

Sebenarnya ia bergantung kepada syarikat penyedia perkhidmatan hosting kita samada membenarkan kita edit DNS record. Kalau ada function ini dalam cpanel maknanya anda boleh host subdomain di tempat lain. Langkah pertama adalah kita perlu tahu IP server untuk host subdomain tersebut. Semasa akaun ingin dibuat di hosting baru, kita perlu menggunakan subdomain.

Simple DNS Zone Editor

Langkah seterusnya login ke cpanel hosting anda. Klik pada Simple DNS Zone Editor. Anda perlu memilih domain terlebih dahulu jika terdapat banyak domain dalam hosting anda (addon domain). Masukkan subdomain anda dalam Name dan IP server baru dalam ruang Address (bawah kategori Add an a Record). Klik pada butang Add a Record. Tahniah anda telah berjaya!

host a subdomain [adsenseyu7]

Kepada mereka yang belum mempunyai hosting & domain bolehla mendapatkan perkhidmatan ini dari kami. Kami adalah satu-satunya syarikat di Kelantan yang menawarkan perkhidmatan sewa hosting dan pendaftara nama domain.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?