Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan “KPM OSS Day 2010” bermula dari 12 hingga 13 Oktober 2010 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya dan akan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tema Acara
“Open Source Software – Start Here. Go Anywhere For Free”
Objektif Acara
– Meningkat kesedaran berkaitan kelebihan penggunaan OSS
– Sucess Stories Berkongsi maklumat dan pengalaman menggunakan OSS
– Menghebahkan maklumat perisian alternatif OSS yang setara dengan perisian komersil.
Kumpulan Sasar
Sasaran utama KPM OSS Day 2010 adalah kepada warga Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk pelajar sekolah (Putrajaya), Jabatan Pelajaran Negeri serta warga Kompleks E, namun begitu penglibatan dan kehadiran adalah terbuka kepada Kementerian lain di sekitar Putrajaya dan juga kepada sektor bukan kerajaan. Acara ini juga akan turut membuka peluang kepada para pengunjung termasuk CIO dan Pengarah IT untuk meluaskan rangkaian kenalan dan perniagaan.
Pameran
Pameran perisian dan produk OSS akan diadakan sepanjang program ini berlangsung. Penyertaan adalah melibatkan syarikat atau badan yang menyokong penggunaan perisian sumber terbuka.
Aktiviti OSS
Antara aktiviti yang akan dianjurkan adalah Ceramah Perisian dan Produk OSS, OSS for Kids dan Klinik Open Office.