KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan di bawah portfolio Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi menganjurkan program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan bermula pada 21 September 2011 – 02 Oktober 2011.

Menteri Besar berharap rakyat Kelantan mengambil peluang sepenuhnya memanfaatkan potensi besar bidang bioteknologi yang sedang berkembang pesat sekarang. Katanya Kelantan mengekalkan status sebagai negeri pertanian sejak awal lagi biarpun negeri lain memberi tumpuan kepada bidang perindustrian.

Bagaimanapun kata beliau selepas berlaku krisis makanan di seluruh dunia, barulah banyak pihak termasuk kerajaan Malaysia memberi tumpuan utama kepada sektor pertanian. ” Saya juga berharap mendapat kerjasama daripada mereka yang pakar dalam bidang bioteknologi bagi menjadikan Kelantan berjaya dalam bidang pertanian. ” katanya pada majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman antara Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd dengan Universiti Putra Malaysia (UPM). Turut hadir Naib Censelor UPM, Prof Dato’ Dr Nik Mustafa Raja Abdullah, ahli Lembaga Pengarah Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, Haji Zulkifli Mamat dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Selain itu, Pengarah Institut Pusat Inovarsi dan Pengkormesilan UPM, Prof. Dato’ Dr Muhamed Shariff Muhamed Din dan Pengurus Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd. Zamakhshari Muhamad. Sempena majlis berkenaan dianjurkan seminar bioteknologi.

Dalam perkembangan berkaitan anggota Exco Kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi berkata, perkembangan bioteknologi dalam sektor pertanian akan dapat meningkatkan jumlah hasil ketika penggunaan tanah semakin terhad sekarang. “Kelantan berhasrat untuk menjadikan negeri ini sebagai jelapang makanan negara sepenuhnya pada 2015. Dan ia memerlukan transformasi dalam sektor pertanian” katanya.

Berita baik kepada seluruh rakyat Kelantan, dimana Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2011 pada kali ini mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding tahun-tahun sebelumnya. Banyak aktiviti-aktiviti yang memberi nilai tambah disediakan pihak penganjur samada kepada peniaga-peniaga gerai jualan dalam program mahupun kepada pengunjung-pengunjung. Antara aktiviti yang disediakan, ialah:-
Setiap Gerai-Gerai Jualan yang berdaftar dengan Penganjur mempunyai Kupon Cabutan Bertuah untuk di berikan kepada Pelanggan-pelanggan mereka.

Pengunjung berpeluang memenangi GALAXY TAB. Tanpa syarat yang menyusahkan, hanya Upload Gambar mereka di Facebook Page “Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kelantan 2011? sepanjang Program ini berjalan.

Pengunjung-pengunjung berpeluang memenangi ‘Hadiah-hadiah MISTERI’ hanya mencari foto mereka (foto pengunjung yang dibulatkan) dilaman Facebook “Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kelantan 2011?. Gambar-gambar foto tersebut di ambil oleh Jurufoto Penganjur yang telah terlatih dan diambil secara rawak di segenap ceruk sepanjang program ini berjalan..!!!
Taman-taman Haiwan
Inflatable Games
Pameran Pertanian
Persembahan Kebudayaan

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *