GOOGLE Malaysia yakin sasaran 50,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan membangunkan laman web dan memulakan perniagaan dalam talian melalui program Google Malaysia, ‘Get Malaysian Business Online’ (GMBO) pada tahun ini akan tercapai.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] gmbo

Sejak dilancarkan November 2011, 23,000 PKS sudah menggunakan kaedah itu bagi meningkatkan lagi jumlah perolehan mereka.

Google Malaysia

Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof, berkata berdasarkan suasana dan faktor semasa, pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai.

“Bagi mencapai sasaran itu, Google Malaysia menjalankan promosi dan bengkal percuma di seluruh negara membabitkan negeri di pantai timur, utara, Sabah dan Sarawak.

“Maklum balas positif diterima melalui Program GMBO ini, ia secara tidak langsung membantu mengembangkan lagi pengusaha PKS dengan penerokaan pasaran lebih luas untuk produk masing-masing,’’ katanya selepas merasmikan bengkel GMBO, di sini, semalam.

Penggerak GMBO

GMBO adalah kerjasama antara Google Malaysia dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), badan alamat web, .my Domain Registry, dan pusat latihan ITrain (M) Sdn Bhd (ITrain) bertujuan membantu pengusaha PKS membawa perniagaan mereka ke dunia internet.

Zeffri berkata, mengikut data terkini dikeluarkan oleh SME Corporation (SMECorp), daripada 700,000 pengusaha IKS berdaftar di negara ini, hanya 100,000 mempunyai laman web mereka sendiri.

“Google Malaysia sudah melabur RM10 juta untuk program berkenaan sepanjang tahun ini, termasuk memberi iklan percuma kepada ahli GMBO,” katanya. -hmetro

admin
admin

2 Comments

  1. e-dagang RM3 trilion - ejoeSolutions
    27/08/2012

    […] laman PKS turut didorong aktiviti yang disokong industri seperti program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang diterajui Google Malaysia dan Matrade. GMBO mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi […]

  2. PKS masih kurang pendedahan kepada ICT » ejoeSolutions
    27/05/2013

    […] ini kerajaan melancarkan inisiatif Dapatkan Perniagaan Online Malaysia (GMBO) di mana PKS digalakkan membina kehadiran dalam talian mereka selain kedai secara tradisi. Inisiatif […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *