KUALA LUMPUR 26 Jan. – Syarikat enjin carian, Google, akan meningkatkan pelaburan di Asia Tenggara tidak lama lagi untuk memberi perkhidmatan kepada para pengguna dan pengiklan bagi mengambil kesempatan daripada pertumbuhan luar biasa yang dijangka di kalangan pelbagai pengguna Internet. Pengarah Urusan Asia Tenggara Google, Julian Persaud berkata, pelaburan itu akan termasuk membuka satu pejabat di Malaysia pada hari ini di mana bilangan pengguna Internet hari ini dicatatkan 17 juta.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] google malaysia

Pengarah Urusan Asia Tenggara Google, Julian Persaud berkata, pelaburan itu akan termasuk membuka satu pejabat di Malaysia pada hari ini di mana bilangan pengguna Internet hari ini dicatatkan 17 juta.

Pejabat Google Malaysia di Kuala Lumpur

Pembukaan pejabat Kuala Lumpur adalah sejajar dengan komitmen Google untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan produk tempatan yang akan memudahkan kehidupan masing-masing.

Persaud juga menyatakan bahawa pertumbuhan tinggi dijangka dari pasaran wayarles berikutan perkembangan persekitaran online di Malaysia yang berkembang dengan pantas melalui perkembangan signifikan yang berlaku di dalam akses Internet jalur lebar dan aktiviti e-niaga.

google

“Kami gembira untuk menjalin operasi terbaharu kami di sini di mana kami boleh menarik bakat tempatan berkualiti tinggi bagi membantu pengguna kami mendapatkan maklumat yang mereka ingini dan membantu kejayaan perniagaan Malaysia,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di sini hari ini.

Google telah membuka satu pejabat di Singapura dan Korea Selatan pada 2007. – Bernama

admin
admin

3 Comments

  1. Google 'amat amat bangga' pencetus revolusi siber Mesir | ejoeSolutions
    16/02/2011

    […] Google hari ini menyatakan pihaknya ‘amat, amat bangga’ dengan aktivis siber, Wael Ghonim, […]

  2. Amaran Tsunami di laman web google | | ejoeSolutions
    11/03/2011

    […] Google telah memaparkan amaran tsunami di engin cariannya iaitu http://www.google.com Amaran tsunami tersebut dikeluarkan gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. […]

  3. ejoeSolutions Google bukan syarikat biasa » ejoeSolutions
    29/09/2013

    […] beri manfaat kepada syarikat dan pengguna,” katanya dalam taklimat semasa lawatan media ke pejabat baru Google Malaysia di Quill 7, KL Sentral, baru-baru […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *