WASHINGTON – Syarikat Internet gergasi, Google menjadi kuasa besar yang mampu menghalang persaingan sihat di Internet, menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dalam satu sidang perbicaraan di Senat, kelmarin.

Pengerusi panel peraturan persaingan Jawatankuasa Kehakiman Senat, Senator Herb Kohl berkata, Google, yang mengawal dua pertiga daripada pasaran enjin carian Internet, menggunakan pengaruhnya untuk menyekat persaingan bebas dan adil.

Syarikat itu didakwa menetapkan keputusan carian di Internet dengan meletakkan produk dan perkhidmatannya di tempat teratas, sekali gus cuba menghalang persaingan dengan syarikat lain, iaitu sesuatu yang melanggar undang-undang perdagangan di AS.

Dakwaan itu menyebabkan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS (FTC) kini memulakan siasatan termasuk meneliti beberapa aduan lain yang diterima daripada pesaing Google mengenai tindakan syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt yang hadir dalam sidang itu menegaskan syarikatnya bersaing secara sihat dan yakin siasatan FTC tidak akan menemui sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *