PEMBERIAN geran RM1,000 melalui peruntukan RM50 juta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi banyak faedah kepada pengusaha perniagaan online yang baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] perniagaan online

Pengasas perniagaan perkhidmatan rawatan kecantikan dari rumah ke rumah, JomCantik, Huzalfah Shamsudin berkata, pemberian geran terbabit membuka peluang lebih meluas kepada usahawan baru terutama wanita untuk meneroka bidang berkenaan.

Geran untuk modal pusingan untuk pengusaha perniagaan online

Jika sebelum ini kebanyakan bantuan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan berbentuk produk, kemahiran serta kursus, pemberian geran terbabit boleh dijadikan modal pusingan perniagaan.

“Saya menyokong penuh sekiranya geran terbabit diserahkan kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan secara dalam talian buat kali pertama. “Jumlahnya mungkin lebih daripada mencukupi terutama jika ia membabitkan jenis perniagaan mudah seperti khidmat kecantikan dari rumah ke rumah,” katanya.

Bagaimanapun, pemberian geran berkenaan perlukan pemantauan sewajarnya terutama bagi mengenal pasti penerima yang benar-benar layak. Ini kerana jumlah terbabit agak besar. Oleh itu, wajar untuk membentuk satu badan khas bagi memantau perjalanan geran berkenaan.

“Mungkin pada peringkat awal semangat berkobar-kobar untuk menjalankan perniagaan tetapi disebabkan tiada pengawasan, mungkin urusan perniagaan hanya tinggal kertas cadangan. “Pemberian geran ini juga sebenarnya banyak membantu usahawan baru mengenal pasti bentuk perniagaan ingin diceburi dan membolehkan mereka bertapak lebih jauh dalam bidang terbabit,” katanya.

Menurut pemilik butik dalam talian, Lalapop, Khazylah Fhadylah Hussin, sokongan kerajaan sememangnya penting terutama kepada peniaga kecil seperti dirinya. “Peruntukan geran sebanyak RM1,000 itu dapat membantu untuk mengembangkan lagi perniagaan secara dalam talian bagi membuka butik atau mendapatkan lebih banyak koleksi pakaian. “Selain itu, bantuan ini juga boleh digunakan untuk memperbaiki laman web butik supaya ia lebih bersifat komersial, sekali gus memperluaskan jaringan perniagaan,” katanya ketika ditemui.

admin
admin

14 Comments

  1. fazrina
    18/02/2013

    Macam mana nak apply utk geran rm1000 ye…tq

  2. Mia74
    26/02/2013

    Saya dah isi borang online tu tapi masa saya check status, dia letak nama bank lain pulak dan nombor akaun tiada. Padahal saya isi lengkap. Bila saya hantar email untuk pembetulan seperti yang diarahkan, masih tiada perubahan. Dah 3 kali hantar email suruh betulkan tapi tiada perubahan ke hari ini. Dah 2 bulan… Apa masalahnya sekarang ni. Boleh percaya ke sistem dan janji mereka ni atau sekadar hiasan menghampiri PRU??? Maaf emosi sikit tapi rasa macam kena tipu je…

  3. admin
    13/03/2013

    Harap bersabar, kami mendapat maklumat yang sudah ada pemohon yang mendapat geran tersebut. Pemohon terbabit memohan pada januari dan mendapat geran pada mac.

  4. AZAHARI BIN HASSAN
    30/07/2013

    SAYA SUDAH ISI BORANG ONLINE GERAN RM1000.TAPI BELUM DAPAT LAGI.APA MASALAHNYA.NO RUJUKAN G103949

  5. admin
    01/08/2013

    Geran ni akan ambil masa lebih kurang 3 bulan untuk approve

  6. NORAINIE ABU KASSIM
    05/09/2013

    Mcm ne klu xde syarikat..sya hnya peniaga on9 persendrian..jd mcm ne ye

  7. admin
    07/09/2013

    Kalo xda syarikat pon bleh apply janji memenuhi syarat berikut:

    i. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
    ii. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
    iii.Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
    iv. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
    v. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
    vi. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

  8. Norhidayu
    09/12/2013

    Salam sy bru nk berjinak dgn perniagaan ni.. layak ke sy dpt geran 1000 tu., lgpon sy hnya lakukan dirumah

  9. admin
    09/12/2013

    Boleh xda masalah. apply sahaja

  10. ena najaa
    14/12/2013

    Salam.sy dah isi borang bln mac lagi .tapi tak de respon pun.sy nak isi semula bln lepas tapi tak boleh submit sbb dah ada rekod.sy tak de rekod no rujukan.boleh bantu tak..

    • admin
      17/12/2013

      Sila call untuk mengetahui status permohonan anda

  11. maidzatul
    11/10/2014

    Hye , ada lagi ke peluang nie ? sebab saya pun baru nak mulakan perniagaan dan perlukan modal

  12. admin
    15/10/2014

    Harap Maaf, geren GMBO RM1000 telah tamat

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *