Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan ekspo terbesar setakat ini iaitu Cheng Ho Expo yang berlansung pada 21-26 novermber 2010 di Stadium Sultan Muhamad Ke-4. Pengunjung bukan sahaja dari kelantan malah ekspo ini turut menarik minat pelawat dari negeri sekitar seperti terengganu.
Walaupun tidak mendapat liputan dari media arus perdana, ekspo ini seakan pesta di Kota Bharu dengan menarik berpuluh-puluh ribu pengunjung yang menyebabkan kesesakan lalulintas yang luar biasa di pusat bandar Kota Bharu. Ia ditambah lagi dengan keadan cuaca yang baik walaupun ekspo ini berlansung pada musim tengkujuh.
* Gambar adalah hakmilik fotographer yang tercatat pada gambar…harap maklum