Kuala Lumpur: Samsung Malaysia memperkenalkan telefon pintar Galaxy Note 3 dan jam tangan pintar terbaru mereka, Galaxy Gear untuk pasaran Malaysia yang dijual pada harga RM2,399 serta RM999.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Samsung Galaxy Note 3 and Galaxy Gear India launch-1

Kedua-dua produk terbabit tidak dipakejkan bersama akan mula dijual pada 25 September ini dan difahamkan dijual menerusi semua empat syarikat telekomunikasi utama di negara ini. Note 3 menyampaikan pengalaman baru dari segi reka bentuk yang lebih nipis dan ringan dengan skrin lebih besar, tetapi tampak lebih kompak serta lebih berkuasa dan bateri tahan lebih lama.

Manakala S Pen adalah ‘kunci’ yang dapat membuka ciri Note 3 dan bukan saja untuk menulis atau melukis.

Penambahbaikan lain termasuk peningkatan kuasa bateri kepada 3200 mAh supaya Note 3 tahan lebih lama. Sementara itu, Galaxy Gear menampilkan kesepaduan teknologi peranti pintar ke dalam kehidupan pengguna yang lebih mendalam menggunakan jam tangan membolehkan pengguna memilih cara, masa dan tempat teknologi itu digunakan.

Seperti jam pintar jenama lain, Galaxy Gear boleh memaparkan notifikasi seperti e-mel, maklumat panggilan, masa dan sebagainya daripada telefon pintar. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?