LAMAN rangkaian sosial Friendster Sdn Bhd bekerjasama dengan Kakao Corp, iaitu platform mudah alih Korea Selatan bagi mempromosi, memasarkan dan mengedarkan platfrom Kakao di Malaysia.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] kakao talk

Dalam satu kenyataan, syarikat induk Friendster, MOL Global memaklumkan kerjasama itu akan meliputi perkhidmatan aplikasi mudah alih KakaoTalk dan KakaoStory keluaran Kakao termasuk perniagaan permainan video mudah alih dan kedai barangan digital mudah alih.

Kakao Talk antara chat app terbesar di dunia

Friendster akan menubuhkan anak syarikat milikan penuh Kakao Malaysia Sdn Bhd untuk mengendalikan operasi platform Kakao di Malaysia. KakaoTalk pada masa ini mempunyai lebih 94 juta pengguna di seluruh dunia, menjadikannya antara platform aplikasi sembang berkumpulan mudah alih terbesar di dunia untuk sistem iOS, Android, Windows Phones, BlackBerry dan Bada.

Ketua Pegawai Eksekutif MOL Global, Ganesh Kumar Bangah berkata, kerjasama itu menandakan satu lagi pencapaian Friendster sebagai sebahagian daripada rancangan kumpulan itu untuk mengembangkan perkhidmatannya ke dalam industri kandungan telefon pintar yang berkembang pesat.

“Kakao Malaysia juga akan menggunakan kedudukan MOL dalam pasaran permainan video dalam talian di Malaysia, di mana MOL menguasai kira-kira 70 peratus daripada pasaran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Kakao Dean Song berkata, syarikat itu menjangka pertumbuhan pesat perkhidmatan KakaoTalk di Malaysia selepas kerjasama strategik dengan Friendster kerana potensi besar bagi industri telefon pintar dan peranti mudah alih di Malaysia.

Bagi meningkatkan kempen promosi KakaoTalk, syarikat itu telah pun menyiarkan iklan televisyen menampilkan kumpulan K-Pop Korea, BigBang dan penyanyi Malaysia, Yunalis Zarai atau Yuna bagi menarik pengguna muda.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?