FORTINET, peneraju global rangkaian keselamatan berprestasi tinggi mengenal pasti lima ancaman siber oleh Fortiguard Lab 2014.
[adsenseyu6] |
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, lima penekanan itu adalah Malware Android berkembang ke sistem kawalan industri, pertempuran menghadapi Deep Web, vendor keselamatan rangkaian disaran lebih telus, peningkatan serangan kepada Windows XP dan biometrik untuk pengesahan akan meningkat.
Syarikat itu berkata, antara lima ancaman itu, Fortinet menjangkakan kemunculan peranti baharu mengandungi sistem kawalan industri ICS/SCADA, bagi persediaan menghadapi ancaman ‘mobile-Stuxnet’ tahun depan.
Ia bertujuan mengelakkan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) termasuk alat-alat automasi rumah baharu yang mempunyai kawalan ke atas penggunaan elektrik seperti peti sejuk, sebagai salah satu cara mengetahui ketiadaan penghuni untuk merompak rumah.
Selain itu, syarikat itu juga menjangkakan tahap penelitian meningkat dan akauntabiliti di peringkat vendor rangkaian keselamatan.
“Pelanggan tidak lagi akan menerima “hak milik keselamatan keras OS”, sebaliknya meminta bukti. “Tindakan itu akan menunjukkan ketelusan lebih tinggi di seluruh pengurusan rantaian bekalan, pengurusan tampalan dan amalan Secure Development Lifecycle (SDL),” katanya.
Microsoft juga akan menamatkan sokongan untuk Windows XP pada 8 April 2014, berikutan kelemahan baharu ditemui tidak akan diperbaiki, membolehkan sistem seluruh dunia terdedah serangan.
Menurut NetMarketShare, pada September 2013, Windows XP masih digunakan pada 31.42 peratus komputer riba di dunia. -sinarharian