SYARIKAT keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Firmus Sdn Bhd, baru-baru ini telah merangkul anugerah penyedia perkhidmatan keselamatan maklumat Cyber Security Malaysia 2012.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] firmus penyedia keselamatan maklumat terbaik

Anugerah berprestij ini sekali gus membuktikan kepimpinan, komitmen cemerlang dan inovasi dalam keselamatan maklumat sepanjang tahun lalu. Firmus turut mengumumkan rancangan strategiknya untuk mengembangkan lagi perkhidmatan keselamatan maklumat untuk industri perkhidmatan kewangan (FSI) di Malaysia.

Firmus jangka pertumbuhan positif

Ketua Pegawai Operasinya, Alan See berkata, pihaknya menjangkakan pertumbuhan positif dari sektor FSI untuk enam hingga sembilan bulan akan datang, terutama dengan enakmen Akta Perlindungan Data Peribadi yang memerlukan pematuhan ketat untuk penyimpanan dan pengurusan data maklumat peribadi.

“Dengan kenaikan global dalam serangan siber seperti Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS) dan Ancaman Kemajuan Berterusan (APT), bank dan syarikat insurans perlu mengkaji semula dan memperkukuh proses serta infrastruktur keselamatan maklumat. Bagi tujuan itu, di sinilah kepakaran kami akan digunakan,” katanya.

Kini, Firmus berkhidmat di lebih 50 industri bersama bank dan institusi kewangan sebagai kumpulan pelanggan utama selain syarikat telekomunikasi, penerbangan, penyiaran dan permainan. Pengembangan ini sekali gus dijangka menggandakan pertumbuhan hasil tahun depan. -sinar harian

admin
admin

1 Comment

  1. Nati
    29/11/2012

    You know Cyril, i always rerget coming to your blog because everytime I do so, I will leave with trains of thoughts running around my head !!!I just had to get my thoughts out, and like I have said before, I do not intend to throw everything here. You have just made me do a blog entry on this black friday thing. To summarize what I have said in my blog, the issues have always been there, the Allah hoo haa was just a trigger that gushed out all the pressed in dramas.[Cyril]Allaaa.. don’t rerget. =D I never saw my post as thought provoking’, and for you to say it is, is a huge compliment. I’ve visited ur post on this issue, and again, I say I’m proud that I triggered you write such a beautiful post.[]

Would you like to share your thoughts?