FBI tahan lelaki disyaki godam komputer bintang Hollywood

LOS ANGELES: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) hari ini menahan seorang penggodam komputer dari Florida kerana didakwa menggodam komputer bintang Hollywood termasuk Scarlett Johansson dan Christina Aguilera, kata biro itu.

godam komputer Scarlett Johansson

Christopher Chaney, 35, ditahan di Jacksonville, Florida selepas hasil penyiasatan selama 11 bulan mendapati 50 selebriti yang menjadi mangsa termasuk aktres Mila Kunis.
Komputer Aguilera digodam pada Disember lalu apabila gambarnya yang agak lucah tersebar di internet.

Sementara itu, telefon bimbit Kunis digodam pada September lalu dengan gambarnya termasuk satu di dalam tab mandi tersebar. – AFP

admin
admin

1 Comment

  1. - ejoeSolutions
    14/10/2011

    […] Seorang penggodam komputer yang didakwa menggodam akaun e-mel bintang Hollywood termasuk Scarlett Johansson meminta maaf dan berkata dia merancang untuk mengaku bersalah atas semua […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *