VIENNA: Farmasi haram atas talian menggunakan media sosial untuk menarik pelanggan muda dan menjual dadah dan ubat terlarang kepada mereka.

Dalam laporan tahunannya yang diterbitkan semalam, Presiden Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa, Hamid Ghodse berkata, kegiatan itu mendedahkan ramai orang awam, khususnya orang muda kepada bahaya, Menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati separuh daripada farmasi haram Internet adalah palsu.

[adsenseyu6] farmasi

Hamid berkata, pihaknya mendapati farmasi haram di Internet sering menyamar sebagai famasi sah tetapi hakikatnya, mereka menyeludup produk haram kepada pelanggan.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa kerajaan menutup farmasi terbabit.

Agensi itu juga menggesa supaya usaha ditingkatkan bagi menangani kemiskinan, keganasan, jenayah terancang dan rasuah kerana ia mewujudkan suasana penyalah gunaan dadah dan penyeludupan dengan golongan muda menjadi mangsa terbesar.

“Golongan muda di kalangan masyarakat kurang bernasib baik seharusnya diberi peluang yang sama seperti dalam masyarakat lain dan mempunyai hak untuk dilindungi daripada dadah dan penagihan dadah,” kata Hamid. – AFP

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *