Syarikat Perisian Keselamatan Global, F-Secure Corporation (F-Secure) akan mengu kuhkan operasi serantau berpangkalan di Malaysia bagi memenuhi cabaran keselamatan yang semakin meningkat dalam arena digital.
![]() |
[adsenseyu7] |
Presiden dan Ketua Pegawai Operasinya, Christian Fredrikson berkata, pengukuhan itu sekali gus bakal meningkatkan dua kali ganda dalam perolehan F-Secure dalam masa dua tahun bermula sekarang hingga 2014. Menurutnya, perisian keselamatan F-Secure melibatkan penggunaan korporat dan operator serta menyumbangkan 61 peratus dalam perolehan.
F-Secure lindungi smart phone & komputer
“Fokus F-Secure adalah untuk menyokong 200 rakan kongsi operator yang memberi perkhidmatan kepada lebih 250 juta pengguna jalur lebar tanpa wayar dan peranti mudah alih seluruh dunia.
“Perisian keselamatan F-Secure ini menjadi medium kepada pengguna melindungi peranti mudah alih dan komputer daripada serangan virus, spam, phishing dan malware melalui serangan siber,” katanya dalam taklimat mengenai F-Secure di Kuala Lumpur.
Christian berkata, kebanyakan serangan tidak hanya dilakukan penggodam sebaliknya kini terdapat lebih 50,000 virus setiap hari di laman sesawang yang digunakan. Pengisian keselamatan F-Secure digunakan pada peranti mudah alih yang menyokong android , komputer, Macs dan operator terpilih.
Katanya, Malaysia dipilih sebagai hab serantau berdasarkan beberapa alasan strategik dan sebahagiannya terdiri daripada keupayaan mereka berpendidikan tinggi kepelbagaian bahasa, infrastruktur bertaraf dunia pada kos yang kompetitif.
“Selain itu, mereka turut mengambil sebahagian besar penduduk tempatan sebagai pekerja bagi meningkatkan jumlah pekerja sedia ada di rantau ini. Tambahan pula, keperluan terhadap perlindungan dan penyimpanan kandungan digital semakin meningkat, ” katanya.
Menurutnya, matlamat F-Secure adalah untuk membina pasukan yang kukuh dan pakar menyediakan perkhidmatan dalam bidang penyelesaian keselamatan inovatif dalam persekitaran mencabar.
F-Secure tawar RM25j antivirus percuma » ejoeSolutions
07/06/2013[…] keselamatan global dalam talian, F-Secure menawarkan perisian perlindungan keselamatan antivirus secara percuma bernilai RM25 juta kepada […]