SHAH ALAM – Kumpulan Media Karangkraf terus membawa perubahan dan pembaharuan dalam dunia penerbitan dengan melancarkan aplikasi eMall bagi memudahkan pelanggannya mendapatkan kesemua majalah, novel dan buku atas talian, mulai tengah malam ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] emall karangkraf

Aplikasi eMall adalah gedung buku atas talian yang menempatkan majalah, buku dan novel terbitan Karangkraf mulai jam 12 tengah malam ini selepas dilancarkan sebentar tadi.

Selepas 34 tahun berdiri kukuh di persada dunia penerbitan Malaysia, Karangkraf mencipta revolusi baru dunia pembacaan dan membawa perubahan besar dalam dunia penerbitan di Malaysia seiring dengan gaya pembacaan global yang menjurus kepada penggunaan teknologi digital.

Pembangunan eMall ini secara tidak langsung memudahkan rakyat Malaysia di luar negara memiliki semua jenama keluaran terbaru Karangkraf, sama seperti pembaca di tanah air selain berpeluang mendapatkannya lebih awal di pasaran.

Aplikasi ini menawarkan harga lebih rendah dengan diskaun sehingga 40 peratus apabila membuat langganan setahun dan pembelian menjadi lebih mudah melalui perbankan online.

Sebagai promosi permulaan, pelanggan boleh mendapatkan senashkah majalah berlainan secara percuma setiap hari selama lima hari pertama pelancaran. Promosi itu bertujuan untuk menggalakkan pembaca memuat turun aplikasi eMall dan mengalami sendiri penggunaan aplikasi tersebut.

Aplikasi eMall Karangkraf

Aplikasi eMall itu boleh dimuat turun oleh pengguna Apple di App Store dan Google Play untuk pengguna Android. Pihak eMall menggalakkan pembaca memuat turun produk yang dilanggan di tablet bagi menikmati paparan yang lebih memuaskan.

Sebanyak 28 majalah dan lebih 100 buku terlaris boleh didapati di gedung buku online ini. Pihak eMall juga menggalakkan pembaca membuat pembelian di laman sesawang emall.karangkraf.com bagi menikmati tawaran diskaun yang lebih tinggi.

Pembayaran boleh dibuat melalui perbankan online atau kad kredit. Setiap akaun yang melanggan juga boleh berkongsi produk itu dengan lima peranti yang berlainan. Dalam pada itu, eMall turut menyasarkan peminat atau pembaca produk Karangkraf yang berada di luar negara atau lokasi yang sukar untuk mendapatkan bekalan produk itu dalam bentuk bercetak.

Kini, mereka boleh menikmati produk Karangkraf di mana-mana sahaja, tanpa sempadan. Sementara itu, sejajar dengan fenomena novel dan siri TV Adam Hawa, eMall mengambil kesempatan menawarkan diskaun sebanyak 35 peratus bagi versi digital novel tersebut.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sosial Facebook emallkarangkraf. Ikuti Twitter  @emallkarangkraf serta hashtag #eMall bagi mendapatkan promosi terkini produk Karangkraf.

admin
admin

1 Comment

  1. eMall Karangkraf dapat sambutan baik - ejoeSolutions
    16/11/2012

    […] SHAH ALAM – Seramai 2,000 pelayar internet mengunjungi eMall Karangkraf atau gedung buku atas talian yang menempatkan majalah, buku dan novel terbitan Kumpulan Media Karangkraf selepas beberapa jam dilancarkan. […]

Would you like to share your thoughts?