SHAH ALAM – Seramai 2,000 pelayar internet mengunjungi eMall Karangkraf atau gedung buku atas talian yang menempatkan majalah, buku dan novel terbitan Kumpulan Media Karangkraf selepas beberapa jam dilancarkan.
[adsenseyu6] | ![]() |
Pengurus Operasi eMall, Nor Akma Abdul Majid berkata, sehingga tengah hari semalam, hampir 500 pembeli memuat turun pelbagai jenis bahan bacaan.
Pembeli di eMall karangkraf
Menurutnya, kebanyakan pembeli dari dalam dan luar negara antaranya dari Canada, New Zealand, Switzerland, Brunei, Vietnam dan Thailand.
“Alhamdulillah, setakat ini kami mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca pelbagai bangsa” katanya.
Sementara itu, sejajar fenomena novel dan siri TV Adam Hawa, eMall mengambil kesempatan menawarkan diskaun 35 peratus bagi versi digital novel tersebut.
Ikuti Twitter@emallkarangkraf, facebook eMall serta hashtag #eMall bagi mendapatkan promosi terkini produk Karangkraf.