Joomla dan WordPress merupakan CMS popular pada masa ini. Ia menjadi pilihan kerana memudahkan kerja-kerja mengendali laman web masing-masing. Joomla banyak digunakan di sektor kerajaan dan syarikat korporat manakala WordPress banyak digunakan untuk tujuan blog dan personal home page. Walaubagaimanapun sekarang ini ia menjadi sasaran malware dan virus tersebar dengan beberapa kelemahan yang terdapat disitu.

Klik untuk besarkan gambar
laman web dijangkiti malware [adsenseyu7]

Tips untuk mengelak laman web anda dijangkiti malware / virus

  • Elakkan menggunakan username atau password Admin yang biasa contohnya username: admin password:admin. Gunakan kombinasi yang lebih susah seperti gabungan huruf kecil, huruf besar dan juga nombor.
  • Selalu mengemaskini CMS joomla atau wordpress anda kepada versi terkini
  • Kemaskini juga plugin, component atau module yang anda gunakan
  • Elakkan menggunakan theme / template / plugin / module / component yang tidak original. Hacker biasanya akan memasukkan back door atau malware dalam theme yang anda download secara tidak sah.
  • Sila buang atau uninstall theme / template / plugin / module / component yang tidak digunakan lagi
  • Selalu menukar katalaluan atau password cpanel masing-masing
  • Selalu periksa fail-fail yang terdapat di cPanel masing masing menggunakan File Manager atau program FTP. Jika terdapat sebarang fail yang meragukan sila buang fail tersebut (lakukan backup)
  • Jika laman web anda tidak memerlukan pendaftaran pengguna, nyah aktifkan fungsi pendaftaran pengguna
  • Jika laman web anda tidak memerlukan fungsi komen, nyah aktifkan fungsi komen

 

admin
admin

1 Comment

  1. Kemaskini Password Cpanel dan Website Masing-masing - ejoeSolutions
    03/06/2012

    […] Anda juga boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk mengelak laman web anda diceroboh. […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *