PEMBANGUN permainan komputer peribadi (PC) tempatan, E-One Studio Sdn Bhd (ES) menjadi syarikat pertama melancarkan permainan (game) berbentuk pengembaraan bagi segmen ‘point and click’, Hoodwink yang dipasarkan penerbit terkemuka, Origin.
![]() |
[adsenseyu7] |
Game yang mengambil masa tiga tahun untuk dibangunkan itu kini dijual secara dalam talian di store.origin.com. Penerbit Eksekutifnya, Amir Irwan berkata, pihaknya menawarkan hak eksklusif kepada Origin yang mempunyai rangkaian stor online yang menjual banyak game antarabangsa popular.
“Hak eksklusif untuk tiga bulan ini menunjukkan kepercayaan penerbit luar kepada pembangun tempatan seperti kami,” katanya pada majlis pelancaran game terbabit di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, kerjasama dengan Origin membolehkan perkongsian keuntungan baik antara dua entiti dengan 90 peratus keuntungan diperoleh pembangun game itu sendiri yang melegakan kebanyakan syarikat.
Hoodwink Trailer
Menurut Amir, Hoodwink berpotensi memasuki pasaran antarabangsa berdasarkan harga game itu yang jauh lebih murah berbanding produk lain selain kualiti permainan bertaraf antarabangsa.
“Harga game kami sekitar RM40 berbanding produk lain yang berharga lebih kurang RM150, namun kualitinya tidak jauh berbeza terutama dari aspek jalan cerita dan grafik,” katanya.
