GEORGETOWN – Tindakan licik dua peniaga menjalankan aktiviti penyalinan perisian cetak rompak di Kompleks Bukit Jambul di sini, akhirnya membawa padah apabila premis mereka diserbu pihak berkuasa petang kelmarin.
![]() |
[adsenseyu7] |
Serbuan dilakukan kira-kira jam 2.45 petang oleh 12 pegawai dan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinangberjaya merampas perisian cetak bernilai RM171,500.
Timbalan Ketua Pengawai Penguatkuasa, Syed Sulaiman Syed Mohd Noor berkata dalam serbuan pertama di kedai pengedar komputer berjaya merampas dua unit pemprosesan data (CPU), dua komputer riba, dua cakera padat (CD) dan satu cakera keras serta 11 salinan perisian cetak rompak.
“Pihak berkuasa menahan dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 25 dan 42 tahun. Seorang lelaki berumur 40 tahun yang dipercayai penjaga kedai dan pekerjanya berusia 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Dalam serbuan kedua pula, mereka berjaya menahan seorang wanita berusia 42 tahun yang merupakan penjaga kedai.
CD perisian cetak rompak
“Premis kedua adalah kedai menjual CD perisian cetak rompak. Hasil serbuan pihak penguatkuasa berjaya merampas 2,000 CD mengandungi perisian perniagaan dan permainan cetak rompak milik pelbagai pengeluar perisian.
“Antaranya ialah Microsoft Windows 7 Ultimate, Microsoft Windows 7 Pro, Microsoft Windows XP, Microsoft Office Enterprise 2007 dan Microsoft Office Pro Plus 2010,” katanya.
Beliau berkata semuanya ditahan mengikut Akta Hak Cipta 1987 untuk siasatan lanjut dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda antara RM2,000 hingga RM20,000 untuk setiap satu langgan atau kedua-duanya sekali.
“Kami akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap peniaga menggunakan perisian cetak rompak di negeri ini.
“Pemilik kedai komputer diingatkan agar tidak lagi menjual komputer dengan memuat turunperisian cetak rompak kerana menipu pelanggan,” katanya. -sinarharian