GUA MUSANG – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Kelantan menyasar melahirkan 10,000 usahawan menerusi Program Gerak Usahawan Muda tahun ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] usahawan muda

Yang Dipertuanya Mohd Rosli Ismail berkata tenaga muda perlu digerakkan dalam bidang keusahawan bagi menjana pertumbuhan ekonomi orang Melayu sebagaimana matlamat resolusi yang diputuskan dalam Kongres Majlis Tindakan Ekonomi Malayu (MTEM), sebelum ini.

Program Gerak Usahawan Muda

“Program ini akan merangkumi semua jajahan di negeri ini,” katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian Program Gerak Usahawan Muda peringkat Gua Musang di sini hari ini. Program disertai kira-kira 400 bakal usahawan muda itu dirasmikan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.

Ia merupakan siri pertama peringkat jajahan selepas pelancaran peringkat negeri oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustaffa di Pusat Tranformasi Luar Bandar, Tunjong, Kota Bharu, baru-baru ini. – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *