Program Digital Malaysia, yang dilancarkan pada Julai tahun lalu menyumbang RM288 juta kepada Pendapatan Kasar Negara (GNI) serta mewujudkan 3,335 pekerjaan bernilai tinggi, kata Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).
[adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Eksekutifnya, Datuk Badlisham Ghazali, berkata tidak dapat dinafikan gelombang pertumbuhan ekonomi seterusnya akan datang daripada kegiatan ekonomi yang berasaskan pengetahuan, dengan teknologi digital menjadi pemacu utamanya.
“Apa yang diperlukan MDeC ialah dorongan padu dan rangka kerja jelas bagi membina ekonomi digital, dan Digital Malaysia adalah program yang sesuai bagi merangsang ekosistem yang dipacu oleh teknologi komunikasi dan maklumat yang berfungsi sebagai pemboleh tambahan bagi transformasi negara menjelang 2020,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Wujud 160,000 pekerjaan
Badlisham berkata, perbadanan itu gembira dengan keputusan tahun pertama dan percaya ia dapat mencapai sasaran meningkatkan sumbangan GNI teknologi digital kepada 17 peratus dan mewujudkan 160,000 pekerjaan bernilai tinggi menjelang 2020.
Katanya, membina ekonomi digital Malaysia yang kukuh bermakna mengguna pakai idea baharu lebih cepat berbanding sebelumnya bagi memenuhi permintaan pasaran.
“Lebih penting daripada sasaran berangka pewujudan pekerjaan nilai tinggi dan sumbangan PKN, ekonomi digital kukuh juga akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia berinovasi dan memastikan perniagaan, besar dan kecil, akan mempunyai ekosistem dan platform yang betul bagi menambah baik kecekapan dan meningkatkan bahagian pasaran di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.
Pada masa depan, katanya, MDeC menyasar memanfaatkan rantaian nilai ekonomi digital Malaysia menerusi kerjasama dengan rakan kongsi dan industri, bagi membantu negara mengembangkan perniagaan baharu dan merangsang pertumbuhan ekonomi digital yang lebih besar. -berita harian
ejoeSolutions Industri keselamatan siber makin kukuh » ejoeSolutions
01/11/2013[…] berkata, industri terbabit dijangka lebih kukuh dengan beberapa projek baru di bawah inisiatif Digital Malaysia yang diperkenalkan […]