Shah Alam: DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) berhasrat untuk memiliki lebih daripada tujuh lokasi dengan liputan rangkaian evolusi jangka panjang (LTE) di Lembah Klang menjelang akhir tahun ini memandangkan ia mendapat permintaan tinggi daripada pelanggannya.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] digi 4g liputan lte

Syarikat telekomunikasi terkemuka itu turut merancang memiliki sehingga 1500 tapak rangkaian LTE di seluruh Malaysia menjelang 2015.

Ketua Produk Perkhidmatan dan Internetnya Praveen Rajan berkata, buat masa ini perkhidmatan LTE ditawarkan kepada pakej tablet dan jalur lebar. Namun, ia akan dipertingkatkan tawaran penggunaannya dari semasa ke semasa mengikut keperluan pengguna.

Katanya, DiGi ketika ini lebih fokus kepada kesedaran penggunaan LTE kepada pelanggan sedia ada kerana masih belum ramai mengetahui teknologi berkenaan.

Liputan LTE

“Walaupun ketika ini ramai menyebut mengenai perkembangan LTE, kami masih fokus memperluaskan liputan rangkaian 3G di seluruh Malaysia dengan menyasarkan 75 peratus liputan menjelang akhir tahun ini.

“Ini kerana 3G masih diperlukan, sementara LTE revolusi rangkaian baru yang boleh meningkatkan kepantasan semasa melayari Internet serta memberi kepuasan kepada pelanggan kami,” katanya pada majlis pelancaran kempen Cabaran 60 Vespa Dalam 60 Hari, di sini, semalam.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *