DELL Global Business Center Sdn Bhd (Dell) optimis untuk terus memperkukuhkan kedudukannya di Malaysia apabila berhasrat meletakkan produk tablet bagi segmen komersial keluarannya mencecah penguasaan pasaran sebanyak 35 peratus pada masa depan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] dell

Pengarah Urusannya, Varinderjet Sigh berkata, dua segmen produknya iaitu desktop dan komputer laptop dalam segmen yang sama berada di kedudukan pertama di pasaran tempatan serta dijangka mengekalkan prestasi jualan bersandarkan pengenalan lebih banyak produk terbaru.

“Terkini, syarikat memperkenalkan tiga segmen produk iaitu desktop semua dalam satu (Dell Inspiron One 2320), komputer laptop (XPS 14z laptop) dan tablet (Latitude ST). “Latitude ST disasarkan kepada segmen komersial kerana ia dilengkapi dengan perisian Windows7 sesuai dengan sektor korporat, akademik dan perubatan kerana ia dihasilkan untuk golongan profesional,” katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Dell Inspiron One 2320 mempunyai fungsi seperti sentuhan skrin, dilengkapi sistem tanpa wayar bagi aksesori papan kekunci dan tetikus serta berukuran 23 inci dijual pada harga RM2,699 seunit. Manakala, XPS 14z laptop dilengkapi antaranya mempunyai 14 inci keluasan skrin dan reka bentuk tipis berharga RM2,999 seunit.

“Bagi Latitude ST, ia sudah mendapat perhatian daripada sektor korporat besar di Malaysia dan syarikat sedang mengatur strategi untuk menarik lebih ramai pengguna di kalangan sektor berkenaan termasuk kerajaan bagi memperluaskan penggunaannya pada masa depan,” katanya. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *