Jenama utama dalam perniagaan komputer, Dell memperluaskan perniagaan runcitnya di Malaysia bagi mengukuhkan kedudukan dalam perniagaan pengguna.
[adsenseyu6] | ![]() |
Pengarah Urusan syarikat bagi Malaysia dan Singapura, Varinderjit Singh berkata, langkah berkenaan akan melengkapkan perniagaan dalam taliannya yang menyumbang kukuh kepada jualan syarikat.
“Terdapat peluang pertumbuhan bagi kami (dalam jualan runcit). Kami banyak melabur dan mempunyai infrastruktur dan pekerja,” katanya.
Beliau berkata, syarikat juga merancang untuk menambah lebih banyak rakan kongsi perniagaan runcit untuk meningkatkan kehadirannya melalui rakan kongsinya.
Mengenai masa depan, Varinderjit berkata, syarikat akan lebih menumpu kepada segmen mobiliti, yang membabitkan telefon pintar dan tablet, untuk perniagaan pengguna.
“Anda akan melihat lebih banyak produk (telefon pintar dan tablet) daripada Dell dan kami akan memanfaatkan peruncit yang ada, untuk pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan,” katanya.