KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai semalam menyediakan kemudahan memuat turun borang pendaftaran pemilih atau Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Daftar pemilih SPR

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.

“Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai untuk memuat turun Borang A bagi urusan pendaftaran sebagai pemilih,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam. -kosmo

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *