KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDCSB), dalam usaha untuk mengembangkan lagi capaian ePerolehan kepada orang ramai akan mempromosikan sistem itu di Karnival Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) diWakaf Che Yeh, Kota Bharu, bermula 3 Mei.
[adsenseyu6] | ![]() |
Acara tiga hari itu dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung di hari pelancarannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 4 mei, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
CDCSB, pemaju, pembina dan pengendali ePerolehan, yakin Karnival RTC itu merupakan masa paling sesuai untuk memperkenalkan sistem tersebut kepada orang ramai bagi mewujudkan kesedaran.
Karnival pelancaran RTC di Wakaf Che Yeh itu adalah untuk memperkenalkan lokasi tersebut sebagai kemudahan pembangunan sehenti bagi penduduk luar bandar dalam jarak 100 kilometer daripada pusat tersebut.- BERNAMA