Clarion (Malaysia) Sdn Bhd, pengeluar sistem audio automotif bertaraf antarabangsa, melancarkan Android Clarion AX1 Car Stereo, pemain multimedia yang lengkap dengan sambungan internet. 

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] clarion ax1

Berfungsi seperti telefon pintar, pemain audio multimedia berkenaan didatangkan dengan paparan skrin sesentuh 6.5 inci dan fungsi memainkan video HD sepenuhnya dengan kejelasan 1080 titik seinci.

Pengarah Urusan, TK Tan, berkata alat berkenaan selamat untuk dipasang dan digunakan dalam kenderaan kerana direka mengikut kesesuaian dan dan piawai pengeluar automotif antarabangsa.

3,000 unit Clarion AX1 untuk dijual

Katanya, pemain audio yang lengkap dengan kemudahan internet itu diperkenalkan bagi memberi kemudahan tambahan kepada pengguna, terutama ketika dalam perjalanan.

“Setakat ini, kami menyediakan 3,000 unit untuk dijual kepada pelanggan dan akan mula diedarkan mulai November ini.

“Selain Malaysia, pemain audio berkenaan turut dipasarkan di Singapura, Thailand, Indonesia dan India, malah kami merancang untuk menembusi pasaran global,” katanya selepas pelancaran sistem audio berkenaan di kilangnya di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Clarion AX1 juga dilengkapi alat sistem kedudukan global (GPS) selain aplikasi muzik yang membolehkan pengguna memuat turun lagu, termasuk menaik taraf aplikasi.

Syarikat mendapat pelbagai pengiktirafan sejak 1971, termasuk Anugerah Proton dan Anugerah Waja daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. -bharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *