CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd melancarkan perkhidmatan terbarunya iaitu penulisan wasiat dalam talian (Wills Online), sekali gus menjadikannya bank pertama di dalam negara yang menawarkan perkhidmatan penulisan wasiat konvensional dan Islam secara dalam talian.
[adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Perkhidmatan Kewangan Runcit CIMB Bank, Peter England berkata Wills Online membolehkan kesemua jenis aset diagihkan kepada bilangan penerima tanpa had menurut keutamaan pewasiat.
“Menerusi Wills Online pengguna dengan mudah boleh melakarkan wasiat rasmi tanpa perlu mengupah penulis wasiat dan mereka boleh menyediakan peruntukan untuk orang kesayangan mereka pada bila-bila masa dan di mana jua,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.
Perkhidmatan itu juga boleh diperoleh dalam bentuk contoh menurut Wasiat Islam yang membolehkan orang Islam mengagihkan sehingga satu pertiga daripada aset mereka kepada penerima yang tidak diliputi di bawah undang-undang Faraid Islam.
Perkhidmatan Wills Online turut menyediakan pemantauan dan kemasukan data yang mudah yang mana keseluruhan proses mengambil masa kira-kira hanya 15 minit dan perkhidmatan itu boleh didapatkan menerusi CIMB Clicks. -hmetro