Kuala Lumpur: CIMB Group (CIMB) menyasarkan pertumbuhan lebih 20 peratus pelanggan online dengan pengenalan dua perbankan pantas online, CIMB Kwik Account dan Kwik Money Transfer dengan unjuran 200,000 pelanggan menggunakannya menjelang penghujung tahun depan.
[adsenseyu6] | ![]() |
Ketika ini, CIMB mencatatkan 2.5 juta pelanggan online, CIMB Clicks dan setiap tahun secara purata kumpulan itu merekodkan 20 peratus pertumbuhan pelanggan dalam segmen online.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Perbankan Konsumer Kumpulannya Renzo Viegas berkata, Kwik Account produk membolehkan pelanggan baru CIMB membuka akaun berkenaan secara online tanpa memerlukan wang deposit dengan sasaran Generasi Y yang mereka boleh mempunyai jumlah simpanan maksimum RM4,999 berbanding akaun simpanan biasa.
Beliau berkata, Kwik Money Transfer ialah perkhidmatan membolehkan pelanggan membuat transaksi menggunakan e-mel atau nombor telefon bimbit penerima. Kemudian, penerima wang menuntut wang menerusi pautan Kwik Claim di dalam laman web CIMB Clicks dengan memasukkan kod tertentu yang diterima menerusi e-mel atau telefon bimbit.
“Produk perkhidmatan ini hanya boleh digunakan di Malaysia saja dan nombor telefon bimbit berdaftar di negara ini saja. Kami jangkakan ia dapat menarik pelanggan muda kerana ia memudahkan urusan mereka untuk membuat pelbagai transaksi sama ada urusan pembayaran bil atau antara pemegang akaun.
“Begitu juga Kwik Account, ia memudahkan orang ramai membuka akaun tanpa perlu ke cawangan kami dengan mendaftar ke laman web CIMB Clicks saja ia terbuka kepada bukan pemegang mana-mana akaun di dalam CIMB,” katanya pada majlis pelancaran Kwik Account dan Kwik Money Transfer, di sini.
Viegas berkata, pasaran perbankan dijangka berkembang positif antara sembilan hingga 10 peratus tahun depan. -hmetro